Tuesday, November 6, 2012

Ribut kencang di Parlimen Bagan


BUTTERWORTH,4 Novemeber 2012 - Bumbung di tiga blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Mandin rosak teruk akibat diterbangkan angin dalam kejadian ribut pada kira-kira pukul 3 petang, hari Ahad ini.

Angin kencang itu turut menerbangkan bumbung beberapa buah rumah serta bangunan berhampiran sekolah itu sehingga bertaburan di atas jalan raya.

Pengetua SMK Mak Mandin Teh Siew Hong berkata beliau berasa syukur kerana ribut itu tidak menjejaskan kelas yang akan digunakan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula esok.

"Namun saya bimbang keadaan tidak selesa bagi calon-calon SPM esok kerana bekalan elektrik terputus dan saya harap peperiksaan dapat diteruskan juga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Teh berkata kejadian itu adalah kali pertama dialami sekolah itu sejak dibuka 34 tahun lalu dan pihaknya sedang menilai jumlah kerosakan.

Sementara itu, kejadian tersebut telah mendapat perhatian daripada Penyelaras Parlimen Bagan, yang mana peruntukan segera sebanyak RM20,000.00 diberikan kepada SMK Mak Mandin bagi kerja-kerja baik pulih bumbung sekolah.

Selain daripada itu Barisan Nasional Pulau Pinang akan menyalurkan sumbangan kepada mangsa ribut bagi meringankan mereka membaiki kerosakan akibat bencaba tersebut.

Pengusaha kantin sekolah itu, Salbiah Ahmad, 62, berkata ketika kejadian dia dan anak serta dua saudaranya sedang mengemas barang-barang jualan untuk sesi persekolahan esok.

"Makcik terkejut dengar bunyi kuat seperti guruh di atas bumbung dan tiba-tiba nampak bumbung terangkat menyebabkan kami semua meniarap ketakutan di atas lantai.

"Ia amat menakutkan namun bersyukur kerana semuanya selamat," katanya.

Source : Bernama