Tuesday, March 9, 2010

KEBAKARAN DI SUNGAI PUYU

8 Mac 2010 - Satu kejadian kebakaran telah berlaku di kawasan Sungai Puyu berhampiran dengan Pasar Awam Bagan Ajam melibatkan satu keluarga. Pihak Bomba dan Penyelamat memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku dengan terlalu cepat disebabkan cuaca panas dan struktur rumah yang dibina daripada kayu. Penghuni hanya sempat menyelamatkan diri manakala semua harta benda mereka hangus terbakar.

Satu lawatan ke tempat kejadian telah diatur dan dihadiri oleh Penyelaras DUN Sungai Puyu, Encik Sum Yoo Keong, Penyelaras DUN Bagan Jermal, Puan Teh Lay Cheng dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (PPPNPP). PPPNPP telah memberikan sumbangan ehsan kepada mangsa bencana berjumlah RM500.00 untuk keluarga terbabit. Sumbangan disalurkan di bawah garis panduan pemberian kecemasan untuk program pemulihan mangsa bencana dan tragedi.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Abdul Aziz bin Ashaari, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri II, PPPNPP bagi meringankan beban mangsa. Keluarga mangsa mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas sumbangan tersebut.

from : Portal Pejabat Pembangunan Pulau Pinang





No comments:

Post a Comment