Monday, August 27, 2012

BN Bagan edar Jalur Gemilang


Bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 negara yang akan disambut tidak lama lagi, Pusat Khidmat Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, Pulau Pinang mengedarkan kira-kira 2,000 Jalur Gemilang pelbagai saiz kepada orang ramai di Pasar Awam Apollo, Jalan Raja Uda, Butterworth baru-baru ini.
Penyelarasnya, David Chua Teik Siang berkata, kesemua Jalur Gemilang itu habis diedarkan kepada orang ramai dalam masa kurang daripada sejam.
"Walaupun sibuk membeli barangan, orang ramai tetap datang untuk mendapatkan Jalur Gemilang percuma yang diedarkan kepada mereka.
TEIK SIANG (kanan) mengedarkan Jalur Gemilang kepada seorang peniaga di Pasar Awam Apollo, Jalan Raja Uda, Butterworth baru-baru ini.


"Ini menunjukkan, rakyat di negeri ini masih mempunyai semangat patriotik yang tinggi untuk bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan negara yang bakal disambut pada 31 Ogos ini," katanya. - KOSMO! Online

No comments:

Post a Comment