Friday, August 17, 2018

Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan gagal mencapai matlamat

Sidang akhbar bersama 10 orang ketua Cawangan di bawah MCA Bahagian Bagan dengan Tan Chuan Hong: Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan gagal mencapai matlamat

(17 Sept 2018, Butterworth)
Malam ini, kami menyalakan lilin bertujuan berkabung dan merakamkan takziah terhadap manifesto 10 janji 100 hari Kerajaan Malaysia Baru di bawah Pakatan Harapan, kerana pencapaian hanya 40% daripada manifesto Pakatan Harapan, mengakibatkan rakyat hilang keyakinan dan menghampakan rakyat yang memilih Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan hanya mencapai 40% manifesto, merupakan kerajaan yang gagal dan menghampakan rakyat dan ia jelas dilihat oleh rakyat bahawa kerajaan yang sedia ada tidak boleh diharap.

Ia dimulakan dengan Pakatan Harapan yang menjanjikan Kerajaan PH mahu mengikhtiraf UEC, dari jarak 1 batu kini telah menjadi 500 batu, kami menjangkakan dalam masa 5 tahun ini bukan senang untuk dilaksanakan, malah ia menyusahkan kepada pengundi Cina yang memilihnya.

Di samping itu, Menteri Pendidikan berkata PH tidak dapat memberi peruntukan pengurusan kepada Sekolah Persendirian dan hanya memberi peruntukan pembangunan tetapi Ahli Parlimen Bagan merangkap Menteri Kewangan Lim Guan Eng dengan penuh keyakinan berkata selepas kerajaan diubah, Sekolah Persendirian akan mendapat peruntukan bersistem, kenapa sampai hari ini, DAP tidak berani memberi tekanan kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk memberi peruntukan pengurusan supaya memudahkan Sekolah UEC untuk mengurus sekolah??

Kerajaan PH juga berjanji akan membina SJKC, tetapi sampai hari ini kata kerajaan tidak ada wang dan tidak berkemampuan untuk membina; Serta pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang gagal memasuki universiti tempatan, malah pelajar golongan ini lagi dilawak oleh wakil rakyat PH dan mengatakan bahawa tidak semua yang mencapai keputusan yang penuh A mendapat fakulti yang dupilihnya.

Selain itu, di Pulau Pinang, manifesto perumahan rakyat, sehingga hari ini tidak nampak kerajaan negeri melancarkan apa-apa projek Rumah kos rendah dan sederhana.

Lim Guan Eng yang selaku seorang akauntan, tidak memenuhi piawaian akauntan antarabangsa, mengatakan hutang negara mencapai 1 trillion, serta membuat fitnah terhadap Kerajaan BN yang mencuri wang pulangan GST sebanyak 19billion. Mereka menggunakan hasutan untuk menghasut rakyat, supaya rakyat menghulurkan bantuan dalam bentuk derma demi mencapai matlamat mereka, dan menjadikan satu lawak jenaka di mata dunia bahawa kerajaan sekarang mendapat derma rakyat demi kepentingan PH mentadbir negara.

Padahal, Pakatan Harapan mentadbir Kerajaan Persekutuan lebih kurang sama dengan Kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang, mereka gagal melaksanakan janji dan menifesto, tetapi mereka mahir untuk menyalahkan kerajaan yang dulu. Walaupun Kerajaan PH mengosongkan kadar GST, tetapi Kerajaan PH beralih balik ke jalan lama untuk meluluskan 10% kadarcukai jualan dan 6% cukai Perkhidmatan untuk kadar cukai SST, pakar ekonomi dan para peniaga telahpun memberitahu ia akan mengakibatkan kenaikan harga barangan, dan akan kos sara hidup rakyat akan bertambah serta menyusahkan rakyat.

Pakatan Harapan dalam manifestonya berkata melarang Perdana Menteri untuk merangkap Menteri Kewangan, tetapi selepas Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, belliau telah mengambil-alih 3 agensi dibawah Kementerian Kewangan, iaitu Khazanah Nasional, Dana Modal dan Petronas, dan ia jelas melanggar manifesto dan janji PH.

Hari ini kami menyalakan lilin ini adalah kerana merakamkan takziah kepada kerajaan PH yang gagal untuk meringankan beban rakyat, malah menambahkan kesusahan rakyat, pada masa yang sama juga gagal menyempurnakan janji dan manifesto Pakatan Harapan.

No comments:

Post a Comment