Thursday, August 23, 2018

MCA Bahagian Bagan menggesa Pakatan Harapan supaya mengukuhkan hubungan diplomatik Malaysia-China untuk menggalakkan pembangunan ekonomi Malaysia

13 Ketua Cawangan MCA di bawah MCA Bahagian Bagan menggesa Pakatan Harapan supaya mengukuhkan hubungan diplomatik Malaysia-China untuk menggalakkan pembangunan ekonomi Malaysia

Ketua Cawangan MCA Taman Mewah Tan Chuan Hong mewakili 13 ketua dan rakan cawangan MCA di bawah Bahagian Bagan membidas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir dalam rombongannya ke negara China selama 5 hari itu, tidak membawa sebarang hasil, malah mengumumkan pembatalan projek ECRL dan 2 projek paip gas.

Tan Chuan Hong turut berkata pembatalan kedua-dua projek tersebut, akan mengakibatkan kerugian besar dan Malaysia perlu membayar pampasan kepada Negara China, tambahan pula ia juga merosakkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China serta menghalang Malaysia ke arah kemakmuran negara. Beliau juga berkata kerjasama kali ini bukan sahaja gagal, ia juga mendatangkan kerugian, Tun Mahathir kali ini menghampakan rakyat Malaysia.

Beliau juga menunjukkan bahawa Perdana Menteri Tun Mahathir dalam rombongan 5 hari ini ke China, selain menandatangani perjanjian dan memorandum dua hala yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu, seperti Perjanjian DRB Hicom, Cheely dan Proton dan Memorandum Kelapa Sawit, apakah pencapaian yang dicapai oleh Tun Mahathir kali ini?

"Kemajuan Negara China sangat pantas tidak kira mana-mana sektor seperti pertanian, Industri Teknologi, robotik dan e-dagang, semua teknologi canggih dan baik untuk dipelajari, tetapi Tun Mahathir tidak menghargai kesempatan ini, dan melepaskan peluang yang baik untuk membantu ekonomi negara dengan sia-sia sahaja."

Tan Chuan Hong turut berkata kebimbangan hubungan diplomatik Malaysia-China terkini sedang menurun, dan kali ini lawatan rasmi Tun Mahathir bukan sahaja membatalkan mega projek dan menghalang kemajuan negara, malah Kerajaan Pakatan Harapan hanya mahu meneruskan hubungan dagangan dari segi pertanian dan komoditi, dan tidak meneruskan kecanggihan dari segi teknologi sains dan kerjasama industri, mengakibatkan rakyat terasa sikap negatif kerajaan dan rakyat tidak nampak sebarang kegemilangan harapan.

Beliau berpendapat bahawa rombongan kali ini patutlah Kerajaan PH perlu memperkukuhkan hubungan diplomatik Malaysia-China, barulah dapat memimpin ekonomi negara ke arah sebuah negara yang maju.

Tan Chuan Hong menggesa Kerajaan Pakatan Harapan supaya menghantar pegawai kerajaan Malaysia dan para profesional untuk dilatih di China, supaya mendapat teknologi terbaru di China, membantu negara dan mencipta lebih peluang pekerjaan.

"Teknologi baru adalah kemajuan utama di Malaysia, MCA akan terus memantau Kerajaan Pakatan Harapan, saya berharap kali ini Pakatan Harapan akan membawa lebih kebaikan dan menunjukkan Malaysia Baru."

Mana-mana kenyataan yang dihiasi dengan ungkapan yang cantik tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat, kami berharap agar Pakatan Harapan memandang serius kepentingan rakyat dan memikul tanggungjawab terhadap manifesto yang dijanjikan kepada rakyat, janganlah menipu rakyat dengan memberi harapan kosong kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment