Tuesday, September 4, 2018

Chuan Hong membidas tindakan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir dalam isu menghalang warga asing membeli rumah Forest City di Gelang Patah Johor adalah satu perbuatan yang mencabul hak kerajaan negeri Johor.

Ketua MCA Bahagian Bagan merangkap Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong membidas tindakan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir dalam isu menghalang warga asing membeli rumah Forest City di Gelang Patah Johor adalah satu perbuatan yang mencabul hak kerajaan negeri Johor.

Kenyataan selepas itu U-turn lagi, warga asing tidak boleh menetap/tinggal di rumah yang dibeli. Ini menunjukkan sikap benci terhadap masyarakat Cina dan terus menegaskan pendirian untuk mengutamakan Bumiputra demi memecahbelahkan perpaduan kaum. Beliau enggan menjadi seorang Perdana Menteri yang berjiwa rakyat.

"Tun Dr Mahathir pernah berkata selepas Pakatan Harapan memerintah negara, akan terus menjalin hubungan baik dengan para usahawan, tetapi perbuatan Pakatan Harapan sekarang telah memberi persepsi kepada rakyat bahawa kerajaan PH tidak menepati janji untuk menjalin hubungan baik dengan usahawan dan bersifat perkauman yang ekstrem."

"Beliau tidak menyambut warga China untuk menetap di Malaysia, beliau khuatir sekiranya ada 700 ribu orang menetap di sebuah pulau, apakah perasaan ini?"

"Di samping itu, di Malaysia, perihal mengenai tanah dan rumah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, perbuatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terlampau dan mencabuli hak kerajaan negeri. Pada hakikatnya, setelah Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau telahpun menunjukkan perbuatan yang melampau, dan menghina kewibawaan dan kedaulatan undang-undang negara.

Di Malaysia, setiap negeri mempunyai panduan untuk menetapkan harga jualan kepada warga asing untuk membeli rumah. Sekiranya mahu menghalang warga asing untuk memiliki rumah, malah seharusnya dilaksanakan secara adil di semua negeri dan bukan hanya di Negeri Johor.

"Perbuatan kasar yang menghalang pelabur asing ini telah menyedarkan pelabur asing atas perbuatan Tun Dr Mahathir 20 tahun lalu dan mengakibatkan pelabur asing takut nak melabur di Malaysia.

Yang menyedihkan lagi, Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng telah nampak dasar tersebut tidak adil dan saksama tetapi tidak berani untuk menyahut seruan "Kesaksamaan untuk semua", malah Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP) ini perlu menyembunyikan dirinya di bawah sarung Tun Dr Mahathir.

"Saya mahu tanya Lim Guan Eng, beliau sebagai Menteri Kewangan, adakah beliau harap warga asing untuk melabur di Malaysia atau harap pelabur-pelabur terus menarik balik pelaburan mereka dari Malaysia sehinggakan Malaysia mengalami kerugian dalam pertukaran wang asing.

No comments:

Post a Comment